بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

NAK BERSALIN

Dah nak hujung tahun dah. lama tak update apa2 pasal aku. Sekarang aku tengah tunggu nak bersalin je mungkin lepas Raya Haji rasenye.

Sekarang nie hidup dah makin stabil . Alhamdulillah rezeki dari Allah. Betul la kata orang biar apapun yang kita lakukan kat dunia nie Allah jangan dilupakan.

4 bulan berlalu

ha dah empat bulan aku tinggalkan kalian semua. aku pun dah mengandung 4 bulan. now so far so good. kehidupan aku sekeluarga bertambah baik. alhamdulillah Allah banyak membantu. segala puji bagi-Nya yang memberikan rahmat sekelian alam. walaupun anak2 masih di kampung tetapi perjalanan hidup makin lancar. apa yang penting banyak bersabar dan ingat Allah selalu. pasti Dia akan menolong kita selamanya.

MENGANDUNG

emm dah lama kan tak ade story bukan ape bz sesangat nie nak cite . wat masa nie orang tengah belajar memandu nak ambil lesen jumaat nie harap2 lulus la test jpj nanti. so aku ambik lesen nie pun bukannya apa sebab senang nak bawak anak gie nursery tak rasanya mahu jadi minah rempit sejati . dan nak dijadikan cerita pulak aku termengandung pulak . masuk kali nie anak yang ketiga la tapi tak kisah la mana tahu ALLAH nak bagi rezeki anak lelaki pulak ...... so doakan aku ok

Misya Omar - Cinta Adam & Hawa

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

(Korus)
Cinta Adam dan Hawa

Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta
Kasihku di Firdausi

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

Buang kerja

Hai , skang nie dah masuk mac . lamae gile tak ader citer bukan tak nak tulis ape2 tapi masalah bertimpa-timpa. zaman slang sume orang kena buang kerja termasuk la suami. Faham2 jelah bile anak dah bertambah , ekonomi meningkat, barang makin mahal macam mana nak hidup bile pendapatan hanya cukup untuk sorang je . hutang pun tak lepas nak bayar.

Saat ini memang getir, aku alami apa yang tak pernah aku sangka langsung akan terjadi. tapi ALLAH Maha Mengetahui kami sekeluaraga di uji. Tapi kini aku baru sahaja stabil dari masalah yang melanda. Alhamduliilah suamiku dah bekerja semula. Pendapatan boleh menampung hidup kami namun terpaksa juga bekorban, anak2 terpaksa aku hantar ke kampung. Suami bekerja shif tidak seperti dulu satu ofis dengan ku. Kini aku harus berdiri sendiri. Aku x pandai bawak kereta. Aku baru nak ambik lesen.Aku pegi kerja naik motor. Sebab itu je yang aku tahu . tapi selepas nie bile dah ader lesen kereta barulah aku ambik anak2 aku semula . barulah senang nak ambik dan hantar diorang dari nursery.


masa mula2 benda nie jadi hampir nak pengsan aku. Hubunngan aku dan suamipun hampir teruji namun berkat kasih sayang dan iman yang masih ade kat dada nie. Kami muhasabah diri bersama dan akhirnya kami tempuh dengan tenang. hingga saat ini . Alhamdulillah.

febuari,2009

assalamualaikum,

lama tak update cite. bukan pe banyak masalah yang timbul akhir2 nie. sekarang baru nak mula bernafas tapi masih goyah dan harapan saye kalau ada rezeki supaya keadaan kembali seperti biasa semula.

bile begini saya sedar ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. Allah maha kuasa. Hanya Dia Yang Tahu. So until now saye stay cool. terima seadanya.


so new story cadang2 nak cari part time kat umah. rasa2 nak buat bisnes gubahan hantaran, bunga telur,cenderahati dan jahitan manik ala2 buat tambah2 duit dapur.tapi nak cari modal lak problem. tapi takde hal la rezeki ada nanti saye buat la. so pada sape2 yang rase ade idea nak cadangkan kat saye camne saye nak mulakn bisnes leh la email saye kat zaza78_0@yahoo.com.my

saye sentiasa menantikan cadangan anda. dan tak lupa gak dunia novel jangan dilupakan.last but not the end saye dapat gak habiskan TUNAS. now starting ngan KEBUN MIMPI ( JS products. ) tapi x tahulah berapa lama baru habis so pada kawan2 kat luar sane teruskan support Jemari Seni ok bile lagi nak support orang melayu .

Sekadar ilusi

Fikirkan betapa besar-Nya anugerah yang di beri Allah kepada pelukis ini. Ilham yang tak ternilai harganya. Maka bersyukurllah atas kurniannya.